SIMEX (OTC: ARGB) mengumumkan pelancaran Epay

SIMEX Inc., perbadanan yang bertempat di Nevada, AS


LAS VEGAS, June 24, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- SIMEX (OTC:ARGB) melancarkan Epay sebagai kaedah tambahan pengurusan dana bagi semua pengguna platform.

Epay ialah platform pembayaran dalam talian terkemuka dunia dengan pengalaman berdekad dalam pembayaran global dan sumber yang kaya. Epay menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik yang mudah dan luwes, seperti pemindahan wang segera, pemindahan bank global, pertukaran e-wang.

Denis Kurilchik, ahli Lembaga Pengarah, Naib Presiden pemasaran SIMEX berkata: "Dengan mendayakan Epay pada SIMEX, pengguna akan mendapat akses kepada semua manfaat Epay. Ini merupakan langkah kami yang seterusnya ke arah pasaran Asia."

Pengurus Pemasaran Epay, Angus juga menerangkan bahawa: "Epay ialah salah satu platform pembayaran terbaik untuk pertukaran aset digital, yang boleh membantu pertukaran menyediakan 5 wang fiat untuk deposit dan pengeluaran. Ditubuhkan pada bulan Mac 2014 dan bertempat di Hong Kong, Epay berfokus pada industri kewangan blockchain dengan misi untuk menjadikan perdagangan aset digital lebih mudah dan selesa."

Pasukan Epay bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia yang selamat, profesional dan boleh dipercayai kepada pelanggan global dalam usaha untuk mewujudkan budaya pengguna didahulukan. Epay sudah pun mempunyai pejabat di Hong Kong, China, Samoa dan England, manakala perkhidmatannya disediakan di seluruh dunia.

Maklumat hubungan:
Email: info@SIMEX.global
Ibu pejabat: 2770 S Maryland Pkw, Suite 300 Las Vegas, NV 89109
_________________________________________
E-mel: Tim@epay.com  WhatsApp: +8617876889852