Paysafe menperkenalkan identiti jenama global baharu yang mengujakan

Kedudukan jenama “Palam ke Paysafe” baharu perkukuhkan Paysafe sebagai platform pilihan dalam pembayaran global


LONDON, June 06, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Peneraju penyedia pembayaran global, Paysafe, telah memperkenalkan logo dan identiti jenama bermuka baharu yang mengujakan dan menarik perhatian, ditambah dengan kedudukan jenama global Palam ke Paysafe baharu yang menarik.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan pemasaran yang mengukuhkan Paysafe sebagai ‘Besar Terbaru’ dalam pembayaran global, penyedia pembayaran ini juga telah membaik pulih laman webnya untuk mempamerkan portfolio pembayaran global tanpa tandingannya kepada perniagaan. 

Logo dan identiti jenama baharu dipamerkan secara serentak di dua acara sukan berprofil tinggi terbaru yang disiarkan di televisyen. Pertamanya, di A.S., sebagai sebahagian daripada penajaan Paysafe pada siri 2018 IndyCar Verizon, kereta Paysafe nombor 19 yang baharu dijenamakan dibawa ke trek dihadapan jutaan penonton di perlumbaan Indy500 yang sangat popular. Di UK, logo Paysafe yang baharu juga dipamerkan pada baju Barbarian yang terunggul, satu daripada pasukan ragbi yang paling terkenal di dunia, di perlawanan England vs Barbarian yang berlangsung di Stadium Twickenham, London. Barbarian yang disokong oleh Paysafe menang.

Kedudukan Palam ke Paysafe , tema utama pengisahan pemasaran global Paysafe, yang menekankan cara perniagaan boleh 'memalam' ke dalam keupayaan pembayaran proprietari unik dan pelbagai Paysafe yang meliputi setiap aspek ekosistem pembayaran. Produk pembayaran termasuklah penyelesaian tunai, kad prabayar, pesanan mudah alih terdahulu, pilihan kredit, dompet digital dan teknologi tempat jualan. Paysafe juga menawarkan dan terus melabur dalam pemprosesan pembayaran yang meluas serta keupayaan pemerolehan; hanya bulan lepas ia mengumumkan pemerolehan iPayment Holdings, pemproses bayaran terkemuka di A.S. Pemerolehan terbaru ini mengesahkan Paysafe sebagai pemproses bayaran bukan bank 5 teratas dalam negara dan rakan kongsi pembayaran pilihan untuk sektor SMB yang pesat membangun. 

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Paysafe, Oscar Nieboer, yang melopori pendekatan pemasaran baharu, identiti dan pemesejan jenama yang dikemaskini bertujuan untuk mengartikulasikan bagaimana Paysafe menawarkan kelenturan dan kebolehskalaan supaya perniagaan dapat mewujudkan pengalaman pembayaran yang sangat berpusatkan pelanggan yang memenuhi keperluan individu mereka dan dalam masa yang sama memberikan mereka capaian jejak global.

Nieboer menerangkan bagaimana pemikiran ini berada sebalik reka bentuk jenama baharu: “Jenama baharu kami menggabungkan kolon untuk mencerminkan bahawa kami memberikan sambungan kepada rangkaian penyelesaian dan kemampuan terkemuka yang terbuka. Identiti baharu mewakili berbilang elemen rangkaian Paysafe yang boleh disusun dalam pelbagai cara untuk mewujudkan keupayaan pembayaran yang sangat relevan dan khusus

Kedudukan jenama baharu ini dihidupkan dengan pelancaran global penyelesaian tunai dalam talian canggih baharu Paysafe – Paysafecash – yang membolehkan pengguna untuk menggunakan tunai untuk pembelian dalam talian dan bukannya memasukkan butiran akaun bank atau kad kredit dalam talian. Secara nyatanya, ini merupakan penyelesaian tunai dalam talian pertama yang boleh digunakan untuk memuat naik dana ke dalam dompet digital, termasuk dompet digital popular Paysafe sendiri, Skrill dan NETELLER. 

Kedudukan jenama baharu juga akan memperlihat pembayaran Paysafe melalui invois dan penyelesaian ansuran, menukar jenama dari Payolution ke Paysafe: Bayar Kemudian. Syarikat dirancang untuk mengembangkan perkhidmatan, yang telah kukuh di rantau DACH, ke pasaran baharu termasuklah Kanada, U.K. dan A.S.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, gabungan volum transaksi US $56 bilion pada 2017 dan lebih 2,600 pekerja di 12 lokasi global, Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 200 jenis pembayaran di lebih daripada 40 mata wang di seluruh dunia. Syarikat menggabungkan skala jenama global yang mantap dengan semangat keusahawanan dan responsif syarikat permulaan.

Nieboer menyimpulkan: “Sebagai sebuah syarikat, kami telah berkembang pesat melalui pemerolehan dan pertumbuhan organik, juga kerana kami menawarkan kepada pelanggan akses kepada pelbagai produk dan keupayaan pembayaran proprietari, bersama-sama dengan alat pemaju, semua dalam satu tempat. Identiti jenama kami yang baharu dan kedudukan Palam ke Paysafe mengukuhkan cara kami berubah dan berkembang sebagai sebuah syarikat yang sangat inovatif dan berpusatkan pelanggan. Ini merupakan masa-masa yang mengujakan.”

NOTA KEPADA EDITOR

  • Untuk mendengar Oscar Nieboer, Ketua Pegawai Pemasaran Paysafe, memberikan gambaran keseluruhan tentang penjenamaan semula, klik di sini.
  • Paysafecash didemostrasikan minggu ini di hentian Paysafe di Money 2020 Eropah (E70), yang berlangsung di Amsterdam pada 4 – 6 Jun 2018.
  • Keupayaan Paysafe termasuklah: jenama dompet digital Skrill® dan NETELLER® yang terkemuka di pasaran; paysafecard®, peneraju pasaran di seluruh dunia dalam kaedah pembayaran prabayar untuk internet dan perkhidmatan Paysafecash yang baharu; Akses Pendapatan, syarikat pemasaran dan teknologi yang beroperasi terutamanya di ruang afiliasi; GOLO, platform pesanan mudah alih; serta, sebagai sebahagian daripada tawaran Paysafe untuk Perniagaan, pemprosesan, permerolehan dan perkhidmatan penyelesaian kad dan invois Bayar Kemudian dan penawaran pemasangan.
  • Unntuk melihat video jenama Paysafe yang baru didedahkan pada kereta siri IndyCar, klik di sini.
  • Sumber: ⁱWorld Bank Report, 2015.

Perihal Paysafe

Paysafe ialah peneraju penyedia global penyelesaian pembayaran hujung ke hujung. Matlamat utamanya ialah untuk membolehkan perniagaan dan pengguna untuk berhubung dan berurusan dengan lancar melalui keupayaan memimpin industri dalam pembayaran, dompet digital dan penyelesaian tunai dalam talian. Disediakan melalui platform bersepadu, penyelesaian Paysafe disasarkan ke arah transaksi berdasarkan mudah alih, analitik masa nyata dan penumpuan antara pembayaran secara fizikal dan dalam talian. Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, gabungan volum transaksi US $56 bilion pada 2017 dan lebih 2,600 pekerja di 12 lokasi global. Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 200 jenis pembayaran di lebih daripada 40 mata wang di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.paysafe.com.




            

Contact Data