CrownBio Bakal Mempamerkan Kepakaran Saintifik dalam Pembangunan Ubat Praklinikal di Persidangan Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR)


SAN DIEGO, April 04, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, anak syarikat milik penuh Crown Bioscience International (TWSE:6554) dan juga syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme akan mempamerkan kepakaran saintifik mereka di Persidangan Antarabangsa Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR) di Chicago, IL pada 14 – 18 April tahun ini.

Saintis CrownBio akan mempersembahkan lebih daripada sedozen poster saintifik yang menerangkan usaha terbaru mereka dalam merevolusikan pembangunan praklinikal untuk rawatan kanser. Poster saintifik ini akan mendemonstrasikan gabungan kuasa platform onkologi bersepadu CrownBio untuk memajukan rancangan onkologi menggunakan koleksi xenograf terbitan pesakit (PDX) menyeluruh, model tumor genetik manusia inovatif dan kultur ex vivo tiga dimensi yang mengikhtisarkan mikropersekitaran tumor in vivo. Usaha yang ditampilkan akan menunjukkan data daripada model baharu yang membolehkan penilaian tepat untuk terapeutik kanser baharu, termasuk bi-specific T-cell engagers (BiTEs), imunoterapi kanser bersasar dan imunoterapi gabungan.

“Saya teruja untuk berkongsi kajian terbaru Crown Bioscience dengan rakan-rakan di AACR,” kata Dr. Henry Li, Naib Presiden Onkologi Translasi Crown Bioscience. “Data yang disampaikan akan mempamerkan kegunaan penyelesaian kami yang relevan secara klinikal untuk mengenal pasti penanda bio penting dan meningkatkan penilaian praklinikal terapi kanser.”

“Crown Bioscience berbangga dapat memainkan peranan utama dalam mempersembahkan peluang kemajuan saintifik di AACR,” kata Laurie Heilmann, Ketua Pegawai Perniagaan. “Usaha pasukan saintifik khusus kami menjadi contoh komitmen Crown Bioscience untuk membantu penyelidik menyelesaikan masalah kesihatan global menerusi inovasi berterusan platform translasi saintifik kami.”

Wakil boleh meminta salinan poster dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang platform translasi saintifik Crown Bioscience di booth #3012.

Perihal Crown Bioscience Inc.
Crown Bioscience ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian penyakit onkologi, keradangan dan metabolisme. Dengan pelbagai model dan alat ramalan relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan memberikan calon klinikal yang unggul.

Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@CrownBioscience.com