CBT Pharmaceuticals Membangunkan Rancangan Imuno-Onkologi dengan Melesenkan Perjanjian Antibodi CTLA-4 CrownBio


SAN DIEGO, March 23, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, anak syarikat milik penuh Crown Bioscience International (TWSE:6554) dan syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, mengumumkan hari ini perjanjian pelesenan strategik dengan CBT Pharmaceuticals (CBT), syarikat biofarmaseutikal inovatif yang bertapak di AS dan China yang komited untuk menjadi peneraju dalam penemuan dan pembangunan terapi gabungan onkologi.

Perjanjian ini memberikan CBT hak pembangunan dan pengkomersilan eksklusif dunia pada rekombinan, antibodi monoklon manusia baharu yang menyasarkan pada epitop yang berbeza pada molekul antigen T-limfosit sitotoksik-4 (CTLA-4).  Mengikat antibodi ini pada CTLA-4 menghalang interaksi CTLA-4 dengan ligand CD80/CD86, yang akan membenarkan T sel sitotoksik untuk berfungsi secara aktif.

Di bawah terma perjanjian pelesenan global ini, CBT mempunyai akses pada perencat titik semak ketiga untuk melengkapkan rancangan imuno-onkologi sedia ada perencat PD-1 dan PD-L1. CrownBio layak untuk menerima bayaran pembangunan berpotensi masa depan, peraturan dan jualan berasaskan pencapaian melebihi $47 M, serta royalti pada jualan bersih. Apabila bahagian monoterapi Fasa 1 daripada percubaan Fasa 1/2 selesai, gabungan dengan terapi pelengkap lain dalam portfolio imuno-onkologi dan terapi sasaran CBT akan dimulakan.

"Pemerolehan daripada CrownBio ini merupakan blok binaan dalam strategi kami untuk membangunkan portfolio program dalam gabungan dengan rancangan imuno-onkologi dan terapi sasaran yang kami percaya akan membawa kepada faedah klinikal yang bermakna dan tahan lama serta impak kepada mandiri kanser dalam pelbagai kemaglinanan dan dalam perkadaran lebih besar pesakit kanser,” kata Sanjeev Redkar, PhD, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden CBT. Beliau menambah, “Aset CTLA-4 sangat bersesuaian dengan penyelidikan klinikal kami yang sedang berjalan dan kami berharap untuk meningkatkan tiga agen tunggal tambahan dan dua ujian klinikal gabungan yang dijangka untuk memasuki klinik pada penghujung 2018.”

Tillman Pearce, MD, Ketua Pegawai Perubatan Interim, menambah “Aset CTLA-4 menunjukkan pengikat yang lebih kuat dan prestasinya dalam model bukan klinikal agak memuaskan dibandingkan dengan CTLA-4 yang dipasarkan yang mungkin membenarkan pembezaan dalam klinik.”

Dr. Jean Pierre Wery, CEO CrownBio menyatakan, “CrownBio membolehkan pelanggan biofarmaseutikal dan rakan kongsi platform saintifik untuk membawa ubat-ubatan ke pasaran bagi meningkatkan pilihan rawatan kepada pesakit. Ini termasuklah pelesenan strategik antibodi proprietari. Kami berbesar hati untuk menyokong rancangan imuno-onkologi inovatif CBT dengan melesenkan rekombinan CTLA-4, antibodi monoklon manusia kami.”

Perihal CBT Pharmaceuticals, Inc.

CBT Pharmaceuticals, Inc. ialah syarikat biofarmaseutikal inovatif yang komited untuk menjadi peneraju global dalam penemuan dan pembangunan terapi gabungan onkologi dengan memfokuskan pada terapeutik yang memanfaatkan sistem imun dan menyasarkan laluan molekul tertentu untuk mengawal kanser. Pemerolehan CTLA-4 melengkapkan rancangan aset empat tahap pembangunan sedia ada syarikat. CBT mempunyai dua antibodi monoklon manusia baharu – CBT-501, menyasarkan reseptor selaput sel imun Programmed Death-1 (PD-1), juga Programmed Death Ligand-1 (PD-L1) (CBT-502) yang memulihkan sistem imun badan untuk mengenalpasti dan membunuh sel kanser. Sebagai tambahan, CBT-101, ialah perencat c-MET oral yang menyasarkan epithelial ke laluan peralihan mesenkima (EMT) dan CBT-102, perencat kinase berbilang sasaran oral yang menyasarkan laluan isyarat pertumbuhan tidak terkawal. Syarikat ini diasaskan pada 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.cbtpharma.com dan ikuti kami di Twitter @CBTpharma.

Perihal Crown Bioscience, Inc.
CrownBio ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme. Dengan portfolio model yang berkaitan dan alat ramalan yang meluas, CrownBio membolehkan pelanggan untuk memberikan calon klinikal yang unggul.

Hubungan:
Cammy Duong
MacDougall Biomedical Communications
781-591-3443
cduong@macbiocom.com